Sunday, August 4, 2013

Salam Perkenalan =)

Assalamualaikum dan hai....:))

Selamat pagi semua. Apa khabar?? Macammana puasa anda semua?? I hope everything is ok right..InsyaAllah..Aminn..=)


Mukadimah yang agak bersopan santun yang bukan SNA yang post je kan..HAHA..Sat2 I'm still SNA lah..hihi..Oke lah straight to the point harini baru aku perasan yang permulaan blog aku tiada entry perkenalan..HAHA kesiannnn..(xpayah nak kesian sgt depa bkn nak kenai hg sgt pon) :P  Mungkin aku dah terdelete (terpadam) kot entry tu..Adoooiiii..:(


" tak kenal maka tak cinta"



Korang pernah dengar tak ayat ni..Sebelum aku terus menerus merapu tanpa sebab jom2 kenal siapa itu SNA??? =)



Nama penuh aku Ain dan nama pendek aku SNA..:P Macam tak membantu kan..hihi..Di lahirkan pada 28 August 1990 di Sarawak..Kenapa Sarawak???huhu..dulu ayah SNA tentera so paham2 jelah..(malaih nak explaim :P) Aku anak tunggal..So setiap kali kawan-kawan tahu akan status adik beradik aku akn terpacul soalan yang lazim aku malas nak jawab.."Weyhh best ke jadi anak tunggal??" "Ko mesti anak manja kan"..Huhuhu..Sebab itulah aku malas nak bagitaw kawan-kawan yang aku ni anak tunggal..Kadang-kadang dorang boleh tahu pon sebab dorang tanya..Ataupon bila guru-guru aku tanya pasal adik beradik..Kalau tak jangan harap aku nak bagitaw..Huhuhu


Oke lah jawapan aku untuk soalan lazim tu, biasa je jadi anak tunggal ni..Kadang-kadang boring la jugak..Yelah aku just ada mak dan ayah untuk share my problem..Tapi aku tetap bersyukur kerana diberi keluarga..Alhamdulillah..Sebenarnya aku dah biasa dari kecil kot so xde la janggal sangat bila jadi anak tunggal..Dari kecil aku memang suka berdikari..So nak kata manja sangat tu xde lah kot..manja berpada-pada..haha..mean manja seorang anak kat ibu bapa la..Sapa lagi tempat aku nak bermanja ye dakkk..kat dorang jela..Tapi part mintak sesuatu untuk di beli memang seeeeennnnaaannnggg sangat aku nak dapt..hihi..but unfortunately aku bukan lah seorang yang suka meminta duit parents untuk semua itu..Aku xtaw kenapa..

Aku sedar sikap malu nak meminta ni start time aku kat matrix lagi..Aku ingt lagi aku kena marah teruk ngn ayah dan mak sebab tak bagitaw yang duet belanja aku tinggal seringgit je dalam wallet..HAHA..Yang aku ni jenis xsuka nak menipu mak pak ni..Jujur la katakan..xpasal2 mak aku yang jarang nak bagi syarahan dah start dengan syarahan yang berjela-jela..Huhuhu..Tadah jela telinga..sebab sedar salah diri sendiri..HAHA

Aku seorang yang suka berkawan..Sikap ni diakui oleh mak dan ayah aku..Sebab dari kecik hidup aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang bukan sebaya..HAHA..Yela sepupu aku xde pon yang sebaya aku..Yup aku memang suka berkawan tapi takut untuk bercinta..FYI aku hanya 2kali ja bercinta dalam hidup aku..sekali cinta monyet dan sekali cinta kura-kura..HAHA..Stop talking about love..hihi..Sebab aku percaya satu hari nanti cinta itu akan datang..Sebab setiap dari kita kan telah dicipatakan berpasang pasangan..So tunggu jela..S.A.B.A.R..:))

Aku sangat sayang hubungan persahabatan..Tak kira laki dan perempuan tapi kalau laki tu berpada-pada la kan..Setiap apa yang kita lakukan ingat!! still ada batas..Bukan senang-senang bertepuk tampar sesuka hati dengan yang bukan mahram..Tapi bagi kawan yang spesis tikam belakang kawan ni aku akan berjaga-jaga..Belajar dari pengalaman beb..Xpayah lah cerita pasal tu kan..Sedih sebenarnya bila ingat balik kisah ni..Tapi aku da maafkan setiap benda yang dia dah buat kat aku..Allah itu Maha mengetahui telah buka mata mereka-mereka yang terpedaya dengan hasutan dia..Biarlahhh..Manusia mampu berubah..

Heyyy xmaw sedih2..:D Sekarang cerita pasal cita-cita aku ek..hihi..Time aku kecik2 dulu aku suka sangat nak jadi cikgu..Bukan apa aku sangat sukkkaaa tengok cikgu2 aku kat sekolah dulu..Tapi cita-cita tu hilang bila aku melangkah ke sekolah menengah..Aku berminat untuk menjadi seorang pereka dalaman(interior designer)..waahhh aku memang minat gila babeng la..Bertitik tolakkan dari cita-cita tu aku study bagai nak rak la time PMR..Nak tukar sekolah untuk capai cita-cita ni..Disebabkan semangat yang berkobar-kobar aku berjaya mendapat Pelajar Cemerlang PMR..:D Tapi ayah aku xbagi aku teruskan niat aku..So aku stay kat sekolah aku amik SMA..Walaupun SMA bukan pilihan aku..sebab aku bukan jenis suka menghafal..Yupp aku memang xsuka menghafallll...huhu..Tapi xdisangka Allah bagi rezeki aku berjaya mendapat J.J dan sekali lagi menjadi Pelajar Cemerlang..Tapi xsemua yang kita nak akan dapat kan..Hati rasa sedih bila melihat org tersayang hampa dengan harapan mereka bila SPM aku xmampu untk kekalkan kecemerlangan..Mungkin ini ujian..Yeahh aku terima..After that, aku ambil keputusan untuk sambung pengajian di matrix..Serius aku bukannya minat akaun..aku paksakan diri..tapi sepanjang aku kat matrix aku just maen2 je..mcm xde hati kat situ..Sampai lah aku ditawarkan ke USIM..Kat sini aku menjadi lebih matang..USIM yang banyak membuat aku kenal dunia...Aku sayang untuk tinggalkan USIM sebenarnya..Tapi setiap pertemuan pasti akn ada perpisahan..Nak cerita panjang lagi sebenarnya..aku da xlarat..Nanti sambung ye..HAHA..ehhh sebelum habis..cita-cita aku skang nak sambung master dan menjadi lecturer..:D Doakan ye..!!! Aminnn YA Rabb..Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat..

Ingat!! setiap kejayaan dan kegagalan adalah ujian..So jangan mudah rasa bangga dengan nikmat sementara..:D

Nak p pasar...I kan surirumah berjaya...hohoho...:P



No comments:

Post a Comment