Thursday, August 29, 2013

Buat Mak Ayah...

28 Ogos melabuhkan tirai..Buat mak dan ayah..:

Ya Allah
Tiada kata seindah bahasa yang mampu ku susun,
Hanya rasa yang tidak mampu diceritakan bahawa aku bersyukur,
Memiliki mereka sebagai pendamping setiap perjalanan,
Memiliki mereka sebagai penguat semangat dikala diri tersungkur..

Ya!! Mereka tempat aku bermanja..lebih manja dari mereka yang berkasihan..

Ya !!Mereka tempat aku meluah rasa..te
mpat kedua selepas Pencipta..
Dirimu tidak pernah kering dgn kasih syg dan tidak lekang dgn senyuman..
Hanya untuk melihat anakmu ini bahagia…

Terima Kasih Ya Allah dgn anugerah yang tak terhingga..

Suka duka susah sng akan kami lalui bersama..
Kuatkan hati tabahkan jiwa semoga diri ini tidak mudah berputus asa..
Demi melihat mereka bahagia..

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Aminn Ya Rabb..Ain Syg Mak dan Ayh...


Sayangi mereka..Hormati mereka...Jagalah mereka...Bukan wang ringgit yang mereka inginkan tetapi perhatian darimu wahai anak..

No comments:

Post a Comment