Tuesday, August 13, 2013

cHanGE...


Assalamualaikum dan hai...:))



Ok lah ni entry kedua SNA..:)) Change ataupon perubahan..Aku tak tahu kenapa aku mampu terfikir sampai ke sini..Tapi bagi aku, setiap dari kita mesti ada juga terdetik hati untuk berubah kan..Cuma kita tak tahu caranya..Aku cuba berfikiran positif..Jgn nak fikir negatif sgt la yoo xbaek untuk kesihatan..huhu..Mungkin betul apa yang kawan-kawan aku ckp yg otak aku ni xpernah nak berhenti berfikir..Tapi nak buat camne da hobi otak ni nak berjalan..kita turutkan aje la..ye dakkk??HAHA..Kesian otak aku dpt tuan cmni..T-T


Stop!! mengarut..Back to our topic..Disebabkan kelajuan internet yang tidak memberansangkan, aku telah ambil jalan mudah untuk bertanya pendapat seorang teman yang aku kira mampu menjawab segala persoalan aku..Sebab apa yang aku perhatikan post2 dia kat fb sgt simple dan mudah di fahami..HAHA..Aku bukan stalker okayy tapi sweet talker..HAHA..:D (kidding)..Aku ajukan 3soalan yang nampak simple tapi otak aku xmampu untuk berfikir..huissshhh kalah soalan SPM aku rasa..Soalannya " mengapa manusia susah sgt nak berubah, susah sgt nak istiqamah dan susah sgt nak kekalkan perubahan???" See?? nampak x aku susah nak jwb soalan tu sampaikan 3 kali aku ulang perkataan susah..-.-"


Tapi memang betul la pilihan aku bilamana jawapan yang diberikan sgt simple dan mudah difahami..Harap2 si teman@kawan@sahabat tu xmarah la nohhh cheq share cerita kat sini..heee (akn diberitahu kpd empunya cerita)..Ok lah cerita yang simple di berikan kepada aku..sila hayati dan fikirkan..

" aku bg cerita sikit..macam mna sorg pencuri tu bleh istiqamah sbg pencuri..dah tentu dia tahu apa tujuan dan matlamat..sb dia akan usaha tuk jadi mahir supaya dia berjaya sbg pencuri..aku bukan nak suh jd pencuri cuma semangat dia tu."  (tanpa sebarang edit..hehe.."aku" adalah si pencerita)

Melalui apa yang diceritakan ni aku dapat ringkaskan bahawa setiap perubahan MESTI ada tujuan dan matlamat..Cuba kita tanya diri kita adakah cukup untuk kita duduk ditakuk yang lama tanpa melakukan sebarang perubahan?? Tanya diri, selami diri dan kenali diri kita..Ini kerana setiap perubahan yang ingin di lakukan haruslah bermula dari diri kita..

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.”

( Ar Ra’du 13 : 11)


Ini kerana,




Dan si teman juga ada memberi satu math equation yang aku rasa dari sekolah rendah kot aku da tahu cuma aku ambil mudah je iaitu DUIT..Bukan duit fulus tula tapi 

                                                        usaha+Doa+ikhtiar+tawakkal..

Dan perkara yang amat penting adalah jagalah solat kerana melalui solat segalanya akan terjaga..InsyaAllah..Dan jgn sombong sangat untuk berdoa kerana doa adalah senjata org mukmin kan...:D


Dan mungkin menjadi sifat semulajadi aku yang akan terus mencari sesuatu jika otak ni xberhenti lagi berfikir perkara yang sama..HAHA..Seharian aku cari tips ni so skang aku nak share..disebabkan aku ni sgt lah pakar dalam bab kopi dan teh ni aku telah ambil sedikt-sedikit maklumat dan akhirnya BERGABUNG..Jadilah resepi xjadi aku..haha..macam buat assignment plak...:D (kantoi)

 

Tips untuk memulakan langkah untuk berubah : 

1. Benar-benar mengenali diri
Ini adalah tips paling utama. Kenal diri bermaksud benar-benar arif dengan tujuan hidup. Nilai kekuatan, kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Sentiasalah berbicara dengan diri sendiri dan kita adalah insan yang sentiasa melakukan kesilapan dan perlu memperbetulkan kesilapan tersebut.

2. Mahu berubah tanpa paksaan
Tiada gunanya berubah kerana didorong oleh rasa terpaksa. Perubahan itu pastinya tidak akan kekal. Hati dan jiwa itulah yang mahu melakukannya. Bukan dipaksa oleh keluarga, kawan-kawan atau apa sahaja unsur di sekeliling melainkan diri kita sahaja.  Aku ambil kata-kata seorang yang amat menarik untuk dikongsi

“ Sesiapa yang berubah kerana TERPAKSA dia sebenarnya adalah MANGSA, dan sesiapa yang berubah kepada Allah SWT kerana kesedaran yang JELAS dan NYATA, pasti ia akan BAHAGIA.”

3. Benar-benar punyai kesedaran yang murni
Sedar dan insaf dengan kesilapan yang dilakukan. Kesedaran ini sebenarnya datang daripada Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Langkah pertama adalah menghentikan segala kemungkaran dan kesilapan. Rasa menyesal dengan kesalahan tersebut dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

4. Bersungguh-sungguh untuk berubah
Ini adalah satu tekad yang harus dilaksanakan. ‘Aku mahu berubah dan mahu menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku mahu hidup bahagia dan damai.’

5. Sanggup membayar harga sebuah perubahan
Selalunya orang mahu berubah akan diuji lebih hebat daripada Allah sehingga akan tercetus daripada bibirnya, aku sudah mahu berubah kenapa semakin besar ujian yang datang. Harga sebuah perubahan adalah pengorbanan, kesusahan dan kepayahan. Cuma ingat, orang yang diuji itulah orang yang disayangi Allah.


 usah takut dengan masa silam tetapi berjuanglah untuk masa hadapan....


Senang bermain dengan kata-kata tidak sama payah hendak melaksanakannya..Ya aku akui akan kebenaran itu..Tetapi jika kita tidak mulakan siapa lagi yang akn ambil tindakan jika bukan diri sendiri..Aku petik kata-kata seorang murabbi salah seorang penulis blog : 


“ Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi. Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan sesuatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Setiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya. Kejayaan tidak akan diraih dengan kesenangan,mahupun kenikmatan. Ini kerana kedua-dua itu hanya akan datang selepas keperitan, kesusahan dan kesengsaran.”

 Kata-kata ini amat jelas mengatakan bahawa sesuatu yang kita hendak capai bukanlah semudah yang disangka..Kejayaan yang bernilai dan mempunyai harga mesti akan ada ujian yang melanda..So persiapkan diri anda supaya tidak cepat melatah dan mengalah jika diri di uji...

Ok lah rasanya sampai sini je la kot..Rasa penat pulak..hoho..Terima kasih kepada team Langit Ilahi kerana perkongsian yang sangat bermanfaat..Actually pengasas Langit Ilahi ni Hilal Asyraf..Aku teringin nak baca buku dia sbb cara penulisan dia ok..mudah difahami..cuma sedang mencari je buku dia..(actually bole beli online je) huhu..T_T  


Tak lupa kpd teman@rakan@sahabat yang berkongsi cerita..harap dia xmarah la kot aku dok share kat sini..hihi..tambah saham akhirat..:D Actually xkenal pon si ust nie selamba aku je kan dok tanya..HAHA..:D

Harap apa yang di kongsikan dapat memberi manfaat kpd kita semua...Yang baik itu datangnya dari ALLAH dan buruk dari diri saya..:D


Last macam biasa...!!!

Hiasi diri, kekalkan identiti....Take Care dan Selamat HAri Raya...Maaf Salah Silap...:PP




No comments:

Post a Comment