Assalamualaikum...
Haii...lama rasanya xupdate blog ni kan..Tapi xla sampai bersawang..Just berhabuk sikit je..:))
Okeh tajuk entry kali ni adalah tenang. Kenapa tetiba aku tulis entry pasal tenang plak ye???Hermm mungkin seminggu lps aku kurang tenang kot..Mungkin..:)) Biarlah jadi rahsia dihati ye dakkk...:P
Aku nak tanya korang para pembaca (jika ada) pernah tak korang alami situasi dimana tengah syok tido tiba-tiba korang terjaga dan rasa hati macam xtenang. Senang cite macam ada benda yang tak kena dgn diri korang. Pernah x??? Kalau pernah sila jawab dalam hati..:)
Sejujurnya aku da banyak kali jadi macam ni. Lepas aku operation aku selalu alami benda ni. Sedangkan sebelum aku operation dulu akulah paling susah nak terjaga tengah malam. Jenuh aku fikir kenapa aku jadi camni. Mungkin sebab banyak berfikirkah?? (macam xje huhu)
Meh aku nak cerita situasi aku yang buat aku terjaga dan berpeluh..
Ada satu malam tu kwn aku bagitau yang dia nak keluar dgn family dia. So malam tu aku kena tido sorang la. Aku pon xkisah la. Masa nyenyak tido tu aku terjaga dan tiba-tiba jantung aku macam xmaw berhenti mengepam tuhh. Jenuh aku tenteramkan diri..Aku termenung.."Apa kena dgn aku ni??" soalku dlm hati
Dan solution yang terbaek aku dpt aku ambil wudhu' dan solat. Selesai tugasku aku termenung dan berfikir. Mungkin ini cara Allah kejutkan aku. Dia rindukan aku. Yes!! aku hamba yang sering alpa. Kemudian aku capai Al-Quran pink aku. Yes!! disitu aku temui ketenangan. Air mata aku menitis. Syukur Ya Rabb..
Aku bukanlah hamba yang baik. Tetapi aku akn terus mencari dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Ya Allah..Jgn kau pesongkan hati ini dari landasan SyariahMu..Tetapkan hati ini Ya Rabb..Aminnn..
# Hiasi Peribadi Kekalkan Identiti..

No comments:
Post a Comment