Thursday, July 11, 2013

Cinta Terakhir..

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan... 
-Aiman : Cinta Terakhir -


Wahai Sang Cinta adakah kau ingat lagi akn lagu ini??Lagu yang pernah menjadi kegemaran kau suatu ketika dulu. Dan kau paksa aku dgr lagu ni. Walaupun aku rasa lagu ni tak masuk langsung dengan jiwa aku. Aku turutkan aje. :)

Aku ingat lagi selepas ketiadaan kau, 
Suatu hari aku menyusuri jalan-jalanku bersendirian. 
Mencari makna di setiap sudut yang banyak meniggalkan sejarah.
 Ya sejarah antara kita.
 Aku duduk ditempat yang sering kita habiskan.
 Melepaskan rindu di dada. 
Mengenal hati budi sekian lama. 
Disitu aku lihat gelagat manusia. 
Terdetik dihati dimana kau berada??
Hati tidak tertahan dengan hiba.
 Kenangan bermain silih berganti tanpa aku pinta. 
Seperti di dalam filem atau drama lagaknya.
Air jernih ini tidak pernah berhenti mengalir 
MENGAPA???

 *** SETAHUN*** 

Setahun sudah cerita duka kita,
Aku mencari kekuatan dalam kelemahan,
Aku mencari senyuman dalam kesedihan,
Aku mencari pelindung dalam kesusahan..
Aku menangis di hamparan,
Menangisi setiap kelekaan,
Berdoa akn ada kegembiraan,
Cinta ini selayaknya untuk-Mu Tuhan,
Tuhan yang tidak pernah lupa akan hambanya..





Buat Sang Cinta aku redha jika ini ketentuan-NYA... Take Care...:)



 

No comments:

Post a Comment