Saturday, June 29, 2013

Bunga itu Cantik bukan??

Post daripada rakan fb yang saya kira menarik sekali penulisannya. Saya minta izin darinya untuk share kepada semua bunga-bunga yang diciptakan cantik semulajadi :-

Muslimah.. lihat lah bunga-bunga itu.. cantik bukan?
kalianlah bunga tersebut malah lebih indah lagi dari keindahan bungaan tersebut. kerana apa?

kerana anda adalah keindahan yang tiada bandingan, sorokkan ia dalam pagar larangan, agar kumbang takkan dapatan.

malumu, santunmu, adabmu, cintamu, kasihmu, rindumu ,sopanmu,adalah alunan suaran keindahan alam yang bisu yang berbalut dengan keimanan yang dicemburui oleh bidadari kayangan.

wanita.. paling penting kena jaga adalah aurat, kemudian baru jaga ibadah.
pak habib pesan tanda sayang pada wanita akhir zaman, ujar beliau lagi, wanita zaman sekarang kurang hajar dengan Rasulullah SAW, sebab apa? sebab dahulu, martabat wanita jatuh persis najis, hina.. namun kedatangan Habibuna yang Mulia Muhammad Sang purnama [solawatuwassalam] yang menaikkan kembali martabat wanita, diletak di rusuk kiri dekat dengan hati untuk dikasihi, namun wanita zaman sekarang ramai yang kurang hajar sebab guna kesempatan tutup aurat sempurna tapi macam balut nangka, mahu jadi imam masjid pula, mahu hak sama taraf dengan lelaki..

Allahu.. sangat sedikit mawar dan bungaan indah seperti dibawah ini.
tapi saya yakin, yang sedang membaca kalam saya ini sedang menjaga keindahan agar tak robek di rentap zaman. inshaAllah Al-Fatihah!

doakan alfaqirah,banyak kurang adab dengan Habibuna Solawatuwassalam.

Bunga jagalah dirimu daripada dihinggapi sang kumbang..


Apa Pandang-Pandang!!

Aku ingat lagi cerita ini. Dulu aku tinggal kat salah satu asrama Hulu Selangor. 5tahun belajar kat situ. Nampak tak betapa setianya aku dgn sekolah tu..hehehe..Actually lepas PMR aku memang nak pindah..Nak pergi ambil bidang sains la kononnya. Bila difikirkan aku xda la minat sains sgt. Ditambah dengan pujukan ayah aku yang bagi macam2 alasan aku mengalah juga. Stay kat sekolah yg sama memandangkan sekolah ni dekat je dgn rumah aku..(hahaha) Nmapak tak tektik ayah aku..tak nak berjauhan dgn aku..:)

Dalam member aku ada 5org semuanya termasuk aku. Alhamdulillah kami dapat result yang membolehkan untuk apply ke sekolah lain. Dipendekkan cerita 4orang kawan aku pindah ke sekolah pilihan mereka. Tinggal aku sorang2 kat sekolah ni. Dan dipendekkan cerita aku mula rapat dengan kawan-kawan dari kelas lain. Almaklumlah selama ni dorang ingat aku ini sombong. Dorang takut nak tgur budak kls first. Haisshh korang ni blom tegur da fikir macam2..huhu..

Masuk form 5 aku dilantik menjadi penolong kebersihan asrama. Rutin kami check dorm dan bagi markah setiap pagi dan petang dkt setiap dorm aspuri. Nak dijadikan cerita minggu itu aku kena check dorm masa waktu maghrib. Aku kena check semua dorm dkt block A. Amboiii macam da tak ada masa lain nak srh check..huhu..Dengan menurut perintah aku pon pergi la check..dengan bawa buku markah aku masuk dari satu ke satu dorm. Siapa cakap tak seram..Masuk sorang2 kat dorm yang xda penghuni time maghrib pulak tu..huhu..Aku nekad untk check semua dorm. Aku ni pula hidup penuh dengan prinsip. Aku takkan check ala kadar je..aku check dengan teliti sgt..huhuhu..Apa punya prisip daaa..

Sampai kat aras 3 aku kena masuk dorm yang memang seram. Macam2 cerita yang aku dengar pasal dorm ini. Tapi aku kuatkan hati. Tugas punya pasal kan. (mcm poyo je) haha..kat dinding dorm ni ada satu lukisan dorang tutp dgn kertas. Maybe sbb menakutkan kot lukisan itu..Tgh syok aku check tetiba kertas tu jtuh sebelah. Aku yang tetiba tengok gambar tu trus cuak tgk kartun tu pndg aku..waaaaa dgn mengabaikan prinsip untk check dgn teliti dan sempurna aku cabut lari...Dr tingkat 3 aku lari xsampai 5minit..Tak tahu la brapa ank tangga yg aku langkah..Hahaha..Macam apa tahh penakut aku ni..Tapi bila ingat balik aku gelak sendiri..:D Lepas je peristiwa tu aku trus ajak member teman tiap kali nak pergi checking..

Itu la pengalaman yang tak dapat aku lupa. Actually banyak lagi yang boleh cerita..Tapi biar la dulu..Lagipon bukan ada yang membaca..Ye daakkk..hahaha..

Okelah seperti biasa hiasi diri kekalkan identiti..:)

Assalamualaikum..

Friday, June 28, 2013

Halal Itu Indah :)

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya.
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dalam percintaan..

Tajuk entry aku kali ni bukan lah nak cerita pasal makanan ke apa. Tapi lebih kepada hubungan berlawanan jantina atau lebih tepat dan mudah difahami C.I.N.T.A. Korang tak pernah bercinta??haishh macam tak percaya. Oke lah tak pernah bercinta tapi mesti pernah minah kat someone kan3..:) Bagi aku cinta ni adalah fitrah manusia yang ingin dicintai dan disayangi. Itu pendapat aku yang agak naif la tentang cinta. Kalau arif dah lama kot ada "si dia"..hahaha

Sebenarnya aku sendiri tak faham apa maksud cinta dan apa relevannya bercinta sebelum nikah. Kenapa aku cakap macam ni. Mungkin sebab aku pernah terkandas dlm cinta walaupon xbyk tapi ada experience la juga..huhu..Benda2 ni buat aku terfikir tak da la syok sgt bercinta sebelum nikah ni..Semuanya ada batas. Dan disni aku senaraikan sebab-sebab kenapa aku dah malas nak kapel..Antaranya adalah :

1) Aku lebih banyak luangkan masa dengan family, rakan-rakan tanpa ada gangguan daripada msg,calling,video cal and etc.
2) Memandangkan aku ni terlampau RAJIN nak reply msg org, So tak ada lah nak buat org merajuk dan kecil hati bila aku lambat reply msg.
3) Yang paling penting kuranglah dosa kita dalam pergaulan.

Tapi bagi yang sedang,tengah bercinta bukanlah aku ni kejam sgt nak suruh korang clash atau berpisah. Itu pandangan dan pendapat aku. Jika hubungan yang terjalin antara korang dan kekasih ada matlamatnya teruskan tetapi biarlah terjaga serba serbi ya. Jgn lupa berdoa supaya dia adalah jodoh anda. Kepada yang tengah frust menonggeng bila putus cinta tu jgn lah menangis macam kematian kucing pulak..Terima dengan redha apa yang telah ditakdirkan. Perancangan Allah itu lebih baik. Ada yang lebih baik disimpankan untuk anda. Jodoh itu kan rahsia Allah..:)

* Aku susun kata2 kemaafan jika ada yang terasa. Ini pendapat aku.Peace yawww..:)

Hiasi peribadi, kekalkan identiti..

Assalamualaikum..






Thursday, June 27, 2013

harga sebuah populariti

Suatu petang yang mendamaikan dengan angin sepoi-sepoi bahasa melayu..aku dan kwn2 suka habiskan masa melihat ragam budak-budak kat taman permainan depan rumah sewa kami..tengah ralit tengok budak2 ni bermain bermulalah perbualan aku dan Bell  (bkn nama sebanar):

Bell : Ain, ko kan peminat matluthfi..xnak jumpa dia?

Aku : Gila xnak..mstilah nak..tp aku rasa kalau aku terjumpa dia confirm aku lari dulu atau buat xknl je.

Bell : Knpa plak? bkn sng nak jmpa weyh..tgkp la gmbr minta sign.

Aku : Buat apa minta sign dia bkn artis..hahaha (glk jht)

Bell : (-.-) knpa nk lari weyh?? (muka menanti jwpn)

Aku : sebab aku nak bg dia peluang jadi org biasa mcm kita..lagipon kalau jumpa dia msti aku akn jd bkn diri aku..teruja sgt smpi memalukan diri..huhu

Bell : owhh..btul jgak..sebab lain??

Aku : Aku rasa dia pon xsuka sgt jadi org femes..setiap gerak geri diperhati..

Bell : Mana ko taw dia xsuka?

Aku : Ntah..sebab dia misteri..hihi

Kami berdua ketawa sambil perhati dua kwn kami yg tgh main badminton..Serious aku rindu korg semua..Zaman belajar yang sgt memberi kenangan. Bell ko dah nak kahwin..Tinggal kami bertiga yang msh dlm club single..Semoga menjadi isteri solehah Bell..^^  Aminn Ya Rabb..

P/S kepada dua org kakakku (kwn aku yg suka main badminton) adik da langkah bendul..xtergugat ke??hihi 

hiasi diri,kekalkan identiti..:)

Assalamualaikum..



Wednesday, June 26, 2013

ibtisam itu sEnyum..:)

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri...
  

Agak lama juga aku tak coretkan apa-apa kat blog aku ni. dah bersawang plak. Jom teman aku bersihkan sawang-sawang ni..huhu..Actually aku agk stress la jg harini. Pulun nak siapkan final report pnya pasal.So untuk hilangkan stress video MatLuthfi90 menjadi peneman aku. Dkt slh satu video dia (fikirla ye tajuk apa)  ada lagu senyum seindah suria. So bila dgr lagu nie buat aku terfikir yang hidup ni terlalu singkat untuk aku bersedih. Aku tahu sedih itu sebahagian daripada emosi tapi rasa macam xbest la plak nak sedih-sedih ni. 

Kenapa ye aku sedih sgt harini. Semuanya adalah kisah setahun yg lepas. Harini genap setahun ia pergi..genap setahun kesedihan lalu aku rawat secara perlahan. Ya semuanya sebab cinta. Aku pernah hilang cinta manusia. Cinta yg aku sanjung..Aku menjadi hamba kepada cinta.Astaghfirullahalazim..betapa jahilnya aku tentang cinta dunia..Sedangkan ada lagi cinta yang patut aku rebut..Mungkin aku terlalu muda untuk mentafsir segala erti hati ini. 

Aku percaya, segala yang terjadi ada hikmahnya. Ya kesakitan itu terasa sampai hari ini tetapi aku percaya bahawa perancangan Allah itu lbh baik..DIA lebih mengetahui..aku kembali tersenyum kerana ibtisam itu milik mereka yang punya harapan yang akn memberi kecerahan kepada harimu..percayalah pada-NYA..InsyaAllah..

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
 
 Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora 
Untukku berlayar..